Perdana Menteri Romania
Perdana Menteri Romania

Perdana Menteri Romania

Perdana Menteri Romania (Bahasa Romania: Prim-ministrul României) ialah ketua kerajaan bagi negara Romania. Beliau dilantik oleh Presiden Romania dan disahkan oleh Dewan Timbalan dan Senat dalam persidangan bersama.[2]Perdana Menteri (PM) terkini ialah Mihai Fifor yang memegang jawatan itu untuk sementara waktu setelah PM sebelumnya, Mihai Tudose meletak jawatan pada 15 Januari 2018 selepas kehilangan sokongan daripada Parti Demokratik Sosial pimpinan beliau.[3][4]